31 Jan 2012

Countdown Maulidurasul ; aku rindu insan mulia ini

Hari kelahiran insan mulia, Nabi Muhamad SAW bakal datang. Pembawa rahmat ke seluruh alam. Aku menanti hari itu, dengan penuh rasa kecintaan kepadanya. Kerdil diri rasanya berbanding insan mulia ini. Kesahajaan dan kesederhanaannya secocok gelarannya al-Amin. Aku kembali menyelusuri sirah nabawiyah yang tidak akan pernah khatam sepanjang hayat manusia. Segala kisah penuh dengan campur baur rasa iktibar,kasih sayang,nasihat,suka, duka, pengorbanan, semangat dan kesungguhan Baginda memperjuangkan Islam di dunia.

30 Jan 2012

Be the boss of your mind

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang,
anda tidak akan lapar.
Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa,
anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari,
tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa,
awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat,
anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”,

27 Jan 2012

when Allah say kunfayakun

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.


Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak : 

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" 


doktor tersebut tersenyum dan berkata : 


baca selanjutnya, 

24 Jan 2012

Kerna Allah itu sayang kita


Kalau ada yang mengumpamakan hidup itu ibarat sekolah, mungkin ada benarnya. Di sekolah ada guru, buku, teman-teman, belajar, ujian, nilai, dan sebagainya. Begitupun dengan hidup.
 Ada tuntunannya, ada ‘guru’nya, orang-orang di sekeliling, ada belajarnya, ada pula ujian dan hasilnya. Maka katakan, sekolah mana yang lebih lama waktu ujiannya dibanding waktu belajarnya?
Hitam putih jalan hidup, pahit getir warna dunia,tangis tawa rasa hati terluka atau bahagiaBersabarlah sementara, setiap duka tak abadiSemua wajah kan diuji, pada Allah kita kan kembali(Opick, Di Bawah Langit-Mu)
baca selanjutnya, 

pengemis adalah hadiah dari Allah

“Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis, padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit  mahupun banyak. Raihlah kasih sayang Allah dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada Allah yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari Allah, sementara kalian mampu  memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau kalian mendengar nasihat dan   menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran tangan, kalian malah   membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana Allah.” 
(Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)

21 Jan 2012

Dengan siapa kamu duduk tu??

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah
baginya lapan corak hidup:


1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.


3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan
ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.


4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan

Masa itu mahal

Nilai masa dan mensyukuri nikmat umur..


Masa atau waktu amat berharga dalam kehidupan insan. Seorang muslim yang mithali, sentiasa menyedari masa adalah sesuatu yang amat bernilai kerana masa itu adalah merupakan kehidupannya.


Manusia akan berada dalam kerugian sekiranya kita tidak menguruskan masa dalam kehidupan kita dengan betul kepada perkara-perkara yang baik dan berfaedah. Orang beriman sentiasa memperhitungkan setiap waktu dan masa yang digunakannya. Orang yang lalai sudah tentu tidak menguruskan masa mereka untuk menghadapi hari akhirat. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan tertipu dengan kehidupan dunia yang sementara.


Orang yang berbahagia adalah orang yang menyediakan bekalan bagi menghadapi alam akhirat. Manakala orang yang rugi ialah orang yang bergelumang dengan maksiat sehingga dia tidak

20 Jan 2012

Jangan Biarkan Jumaat Berlalu Begitu Sahaja

Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan”. (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai)
Hari Jumaat adalah hari yang memiliki erti yang sangat istimewa bagi umat Islam. Banyak hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan dan kekhususan hari Jumaat dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah dalam kitabnya Zaadul Ma’ad memuatkan hadis-hadis  sehingga beliau membuat kesimpulan sehingga ada 33 keistimewaan hari Jumaat dari hari-hari yang lain.
Allah SWT berfirman:

19 Jan 2012

Sejatikan Muslimah Anda

Muslimah  sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

Muslimah sejati bukanlah tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut.

Muslimah sejati tidak semesti menundukkan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

Muslimah sejati bukan dilihat solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.

Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.

11 Jan 2012

7 Perkara Yang Mengejutkan Setelah Berkahwin!

1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab.

10 Jan 2012

Hassan Ali dan Pemecatannya

1. SAYANG....'Semangat' Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik...nak bawa Islam mesti penuh dgn hikmah dan strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana soal Anwar, bkn kerana mengkritik apa yg kurang baik, tetapi disebabkan beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, ini pokoknya...beliau tlh beberapa kali membuat kenyataan TERBUKA yg mengkritik keputusan dan DASAR parti walaupun sudah diberi amaran dan teguran berkali2...

APA PUN, PAS tetap beri peluang utk beliau membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil

Kisah;Indahnya Syurga Dunia Dari Allah..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadukepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

9 Jan 2012

Kenalkah kita dengan al-Quran?

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan al-Quran?
Eh, pernah ke kita sentuh al-Quran?
Sudah betulkah sebutan bacaan al-Quran kita?
Faham ke maksud-maksud ayat-ayat al-Quran yang kita baca?
Adakah kehidupan kita berpandukan al-Quran atau sebaliknya?
Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang menarik atau mungkin mengecewakan.

“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”. “Dah lama dah tak baca. Tak sempat la. Sibuk sikit..”

901 ; Anwar Tidak Bersalah

9 Januari 2012, 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan."Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Itulah secebis renteten yg berlansung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi yang indah sebentar tadi. Alhamdulillah dan tahniah kepada Anwar atas keputusan yg telah di umumkan. 

Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka. Namun, ini tidak bermaksud sistem kehakiman di negara ini sudah tidak lagi pincang. 

Terdapat sedikit keberanian yang ditunjukkan hakim hari ini. Sememangnya hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan di Malaysia masih ada kecacatan.

Satu harus ingat, itu semua undang-undang manusia, undang-undang Allah jua yang mutlak.

Gambar sekitar 901

Anwar dan Azizah di luar mahkamah, selepas keputusan  di umumkan.
“Hari ini saya dibebaskan...perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional (BN)"- Anwar Ibrahim.
Ratusan ribu rakyat membanjiri mahkamah. Datang dengan rela hati.




Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.
 Beliau datang dengan menaiki bas.


"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.



"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...