Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

21 Sept 2012

365 hari mencintai Rasulullah


365 hari, mencintai Rasulullah saw…bagaimana untuk kita merealisasikannya? Bagaimana mencintai Rasulullah di abad 21 yg penuh tragis dek duniawi semata?  Suatu persoalan dan perkara yang patut kita renung dan fikirkan bersama.  Kita adalah Ummat Rasulullah SAW , yang hidup sangat jauuuuuh selepas wafatnya baginda SAW.  Logikkah untuk kita mencinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih 1400 tahun dahulu? Sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat, keperibadiannya pun kita tidak pernah tenungkan. Selogiknya amat payah….

Namun, hadith ada menceritakan mengenai betapa Baginda sangat rindu akan ummatnya yang belum wujud lagi diketika baginda masih hidup

Suatu hari, ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku, Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”

Subhanallah..cuba tanyakan diri kita, bagaimana Rasulullah SAW boleh merindui kita, mencintai kita sedangkan Baginda tidak pernah melihat kita, tidak tahu keperibadian kita. Bagaimana Rasulullah SAW sampai menangis kerana begitu kasihkan dan rindukan kita? Sehinggakan Baginda menggelar kita Saudara (Ikhwan). Sungguh mesra istilah itu. Saudara itu adalah insan-insan yang rapat dengan kita. Hubungan adik-beradik, yang mempunyai pertalian darah..  Itulah perhubungan yang Nabi wujudkan antara ummatnya kini dengan Baginda. 

Kasih sayang dan kecintaan Baginda pada ummatnya kini tidak dapat di sangkal dek sebarang alsan mahupun hujah lagi. Seperti yang dikisahkan, suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan ayat yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim. Ayat tersebut dipetik dari Surah Ibrahim, ayat 36:

11 Mar 2012

Bila sebut fasal baitul muslim

     Seperti biasa, usai seminggu dua sahaja selepas taklimat atau 'pencerahan' baitul muslim  kepada bakal-bakal graduasi, permintaan dan permohonan semakin 'kencang'. Galak   sungguh. Apabila sahaja baitul muslim dijadikan tajuk utama dalam sesi kuliah, liqa, rehlah, atau usrah...beginilah jadinya. Mungkin tersuntik kesedaran. Namun harus ingat, unit baitul    muslim bukan agen mencari jodoh. Yang iklannya sentiasa perlu dicanang untuk mencari pelanggan. Kesedaran tentang hakikat pembinaan baitul muslim perlu ada dalam diri masing-masing sedari dinobat menjadi insan terpilih oleh Allah sebagai pendokong Islam.

Agendakan baitul muslim dalam diri
”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir” (Ar-Rum: 21)

3 Mar 2012

Join Usrah Nak Cari Jodoh

"Betul ke kak?"
"Apa yang betulnya?"
"Join usrah sebab nak cari jodoh?"
"Hehehehe....siapa yang cakap macam tu pulak.." saya ketawa kecil.
"Adalah hamba Allah nih..." suaranya perlahan terasa seperti saya mempersendakan pertanyaannnya.

10 Feb 2012

Bila bicara soal jodoh

Renungkanlah sedalam-dalamnya................... 


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk 
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...