Showing posts with label hamba-Mu. Show all posts
Showing posts with label hamba-Mu. Show all posts

3 Apr 2012

Allah, ajarkan aku redho


Saat saya merenung langit malam, melihat bintang dan bulan bercahaya, tersenyum puas dan penuh syukur sendirian. Allah itu memang Maha Baik...




dan ketika ini....
ada jasad bernyawa dilahirkan di dunia
ada insan sama mengecapi cinta pandang pertama
ada manusia sedang nyenyak dibuai mimpi
ada orang menerima hasil lumayan hasil lelah meraka
ada pasangan bernikah membina istana bahagia

23 Dec 2011

kerana langit tidak bertiang

   Gementar juga kaki aku apabila melangkah masuk ke dalam isi perut burung besi itu. Pertama kali menaiki kapal terbang bersama Mr.Husband. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati keindahan di bumi asing,ciptaan Yang Maha Agung. Kepeningan mula menguasai kepala. Seperti ada burung-burung kecil berlegar-legar di kepala. Maklumlah, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam pesawat.

   Pesawat mula berlepas, terasa diri macam terapung-apung. Rasa seronok. Pesawat mula mengambil posisi yang sebetulnya, terbang di atas awangan dan di celah-celah langit yang tidak bertiang. Saat ini, pandangan aku jadi kaget. Terpanar dengan kuasa Allah. Bagaimana awan-awan itu bisa terapung begitu sahaja, tanpa ada sebarang 'tongkat'. Subhanallah...Ditambah lagi dengan keindahan kepul-kepul awan yang cantik sekali. Kalaulah tingkap pesawat ni boleh dibuka tutup macam tingkap kereta, mahu saja aku sentuh kepulan awan itu.

   Ahh..mungkin ada yang berkata, "ini 1st time ko naik flight, memang la macam tu.." .Aku tak kisah. Yang pasti kebesaran Allah apa lagi kah yang kalian ingin kan?? Aku tidak jemu, dan aku tak kan jemu melihatnya, jika aku di izinkan berkali-kali untuk menaiki pesawat. Sehingga aku rasakan betapa beruntungnya pilot-pilot dan pramugari-pramugari tu. Kebesaran Allah sentiasa ada di depan mata.

   Melihat dan meneroka segala ciptaan serta kebesaran Allah...membuatkan diri bertambah kecil, meniup rasa kehambaan, melonjak rasa kebergantungan....tiada selainNya.hanya Allah..kerana langit itu tidak bertiang.

22 Dec 2011

aku ingin tersenyum tanpa keterpaksaan

apabila ditebak dan ditanya dengan soalan,
tak sedihkah?
tak rasa apa-apakah?
tak menangis ke?

jujurnya, mestilah sedih..
berbohonglah...kalau diri tak terasa apa-apa
namun..hati sudah tak mampu lagi menyimpan kesedihan
ku biar kesedihan di bawa arus
aku tak mampu untuk terus bermuram
aku lebih tak mampu untuk terus meratapi

jujur, membuang kesedihan itu lebih mudah dari terus berlegar dalam ruang hati
jujur, senyum paksa dalam sisa-sisa calar
itu lebih mudah dari membungkam rasa
mengenang episod kesedihan
bukan tak hampa, bukan xsedih
cuma sudah penat untuk terbawa-bawa
bukan untuk aku ratapi kesedihan itu...
tapi merupakan panggilan jiwa untuk introspeksi diri
kerana Allah sentiasa disisi..

cukup...
cukup sampai di sini
aku biarkan kesedihan itu, 
berbahagialah...
semoga Allah mempermudahkan.....

##via tersenyum melihat keindahan ciptaan Allah...

8 Dec 2011

tafsiran itu anugerah


'tafsiran itu anugerah'..Ayat ini amat bermakna sekali bagi yang memahami. Tafsiran akal dan hati. Pemerhatian mendahului tafsiran, namun bukan semua pemerhatian menepati sasaran. 
   Anak panah adakala jauh tersasar, adakala menghampiri target. Tidak dapat disangkal lagi sifat Allah 'Alimun ; iaitu Dzat yang Maha Mengetahui....sasaranNya bukan sahaja tepat, bahkan pasti dan mesti mengikut kehendakNya. 
   Segala yang berlaku adalah ketentuanNya, kita dihijab untuk mengetahui apa yang akan berlaku untuk setiap cerita hidup itu... waallahu'alam.
 Salam permulaan dari 'tafsiran itu anugerah', moga ianya menjadi ladang pahala buat kita semua insyaAllah.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...