11 Jan 2012

7 Perkara Yang Mengejutkan Setelah Berkahwin!

1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab.

10 Jan 2012

Hassan Ali dan Pemecatannya

1. SAYANG....'Semangat' Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik...nak bawa Islam mesti penuh dgn hikmah dan strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana soal Anwar, bkn kerana mengkritik apa yg kurang baik, tetapi disebabkan beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, ini pokoknya...beliau tlh beberapa kali membuat kenyataan TERBUKA yg mengkritik keputusan dan DASAR parti walaupun sudah diberi amaran dan teguran berkali2...

APA PUN, PAS tetap beri peluang utk beliau membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil

Kisah;Indahnya Syurga Dunia Dari Allah..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadukepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

9 Jan 2012

Kenalkah kita dengan al-Quran?

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan al-Quran?
Eh, pernah ke kita sentuh al-Quran?
Sudah betulkah sebutan bacaan al-Quran kita?
Faham ke maksud-maksud ayat-ayat al-Quran yang kita baca?
Adakah kehidupan kita berpandukan al-Quran atau sebaliknya?
Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang menarik atau mungkin mengecewakan.

“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”. “Dah lama dah tak baca. Tak sempat la. Sibuk sikit..”

901 ; Anwar Tidak Bersalah

9 Januari 2012, 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan."Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Itulah secebis renteten yg berlansung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi yang indah sebentar tadi. Alhamdulillah dan tahniah kepada Anwar atas keputusan yg telah di umumkan. 

Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka. Namun, ini tidak bermaksud sistem kehakiman di negara ini sudah tidak lagi pincang. 

Terdapat sedikit keberanian yang ditunjukkan hakim hari ini. Sememangnya hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan di Malaysia masih ada kecacatan.

Satu harus ingat, itu semua undang-undang manusia, undang-undang Allah jua yang mutlak.

Gambar sekitar 901

Anwar dan Azizah di luar mahkamah, selepas keputusan  di umumkan.
“Hari ini saya dibebaskan...perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional (BN)"- Anwar Ibrahim.
Ratusan ribu rakyat membanjiri mahkamah. Datang dengan rela hati.




Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.
 Beliau datang dengan menaiki bas.


"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.



"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...