30 Jul 2012

"syaitan dah kena ikat"

" Jangan banyak ketawa bulan puasa ni, nanti syaitan masuk dalam  mulut", tegur guru pada murid tahun dua.
" Syaitan mana ada cikgu, kan dah kena ikat ",jawab Haikal.
" Ha'a lah cikgu, bulan puasa kan syaitan dah kena ikat", sampuk rakan yang duduk disebelahnya.

  Begitulah polos dan jujurnya jawapan anak-anak kecil. Ya, pada bulan Ramadhan syaitan telah di ikat kerana Allah tidak akan membenarkan hambaNya terganggu untuk melakukan setiap ibadah. Namun bagaimanakah pemikiran kita? Adakah kita mampu mengikis
segala sifat mazmumah dalam diri kita sepanjang bulan Ramadhan ini, dek kerana syaitan telah digari? Berjayakah kita menjadi manusia 'suci' di bulan mulia ini? Itu yang kita perlu jawab. Tepuk dada, tanya iman.

10 Ramadhan telah berlalu. Alangkah indah dan nikmatnya jika kita telah mengisi 10 Ramadhan ini dengan sesempurna ibadah kepadanya. Lengkap dengan pakej. Puasa, solat 5 waktu, tadarus, terawih, qiamullail, sedekah, zikir.

Namun malangnya jika masih lagi ada yang tidak dapat memenuhi pakej tuntutan ibadah itu. terasa rugi sekali, dek kerana masa yang pantas berlalu. Hanya masih berbaki 20 hari lagi untuk kita menagih dan mengutip, pahala-pahala yang sedia melimpah. Hanya tinggal kekuatan iman yang mampu untuk mengaut segala pahala itu.

Ya Allah, izinkan kami menjadikan Ramadhan ini lebih, lebih, dan lebih bermakna buat kami..
Lebih dengan ibadah kepadaMu..
Izinkan kami mengecapi nikmatnya Ramadhan...
Sehingga kami tidak lagi menyesal bila ianya berlalu pergi...
Jangan jadikan kami tergolong dalam orang-orang yang rugi...

p/s : Ramadhan mengajar saya menjadi hamba yang sederhana..alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...