Namun, hadith ada menceritakan mengenai betapa Baginda sangat rindu akan ummatnya yang belum wujud lagi diketika baginda masih hidup
Suatu hari, ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wida’,baginda menangis.Sahabat pun bertanya:”Kenapa kamu menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku”, Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”,Baginda menjawab:”Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku,Saudara ku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku, Aku merindui mereka,kerana itulah aku menangis”
Subhanallah..cuba tanyakan diri kita, bagaimana Rasulullah SAW boleh merindui kita, mencintai kita sedangkan Baginda tidak pernah melihat kita, tidak tahu keperibadian kita. Bagaimana Rasulullah SAW sampai menangis kerana begitu kasihkan dan rindukan kita? Sehinggakan Baginda menggelar kita Saudara (Ikhwan). Sungguh mesra istilah itu. Saudara itu adalah insan-insan yang rapat dengan kita. Hubungan adik-beradik, yang mempunyai pertalian darah.. Itulah perhubungan yang Nabi wujudkan antara ummatnya kini dengan Baginda.
Kasih sayang dan kecintaan Baginda pada ummatnya kini tidak dapat di sangkal dek sebarang alsan mahupun hujah lagi. Seperti yang dikisahkan, suatu hari Nabi Muhammad SAW membacakan ayat yang pernah dibacakan oleh Nabi Ibrahim. Ayat tersebut dipetik dari Surah Ibrahim, ayat 36: