3 Mar 2012

Join Usrah Nak Cari Jodoh

"Betul ke kak?"
"Apa yang betulnya?"
"Join usrah sebab nak cari jodoh?"
"Hehehehe....siapa yang cakap macam tu pulak.." saya ketawa kecil.
"Adalah hamba Allah nih..." suaranya perlahan terasa seperti saya mempersendakan pertanyaannnya.



Kembali bernada serius. " Tak ada lah macam tu...tapi..jodoh datang bila join usrah".
"Laa..sama je lah tu.."
"Tak sama, mana ada sama..cuba dengar betul-betul..'join usrah sebab nak cari jodoh' dengan 'jodoh datang bila join usrah'..sama ke tak?"


Dahinya berkerut. Berfikir sementara waktu.


"Tak faham la, kak..." wajah muda itu sudah penat untuk berfikir.
"Oklah...join usrah sebab nak cari jodoh....bila kita dengar ayat macam tu pun kita dapat tahu dan gambarkan, seseorang melakukan sesuatu perkara dengan niat mendapat habuan yang lain. Betul tak?"


"Yep..itu lah yang saya gambarkan kak..seolah-olah nak masuk usrah ni bukan dengan niat yang ikhlas untuk kita cari pengisian dalam diri..ada sebab lain.." jelasnyanya dengan nada kesal.


"Tepat sekali...nawaitu untuk join usrah dah salah. Bila nawaitu kita dah salah, matlamat kita tak akan tercapai. Ilmu yang kita dapat dalam usrah adalah sia- sia, tidak berkat mungkin. Sebabbb.....ilmu tu milik Allah, dan ilmu tu akan dimiliki oleh hati-hati yang bersih. Bagaimana mungkin kita dapat kuasai ilmu Allah, sedangkan niat kita sudah lari dari asalnya, " jelas saya. Wajahnya kelihatan sedia untuk mendengar.


Saya terus menambah, " Bab jodoh pula, itu rahsia Allah...tiada siapa yang tahu pasal jodoh..siapa jodoh kita, dimana kita bertemu jodoh, bila jodoh kita datang..semua tu kita tak dapat nak duga. Ajal, maut, rezeki, jodoh, semua takdir Allah....dah ditentukan sejak janin berusia empat bulan lagi dalam kandungan ibu. "


"Ya, kak..saya faham tu...tapi saya sedih bila ada kawan yang mengata saya, nak join usrah tak ikhlas ada sebab lain, konon nak berlagak alim.." wajahnya suram.


"Tak apa..biarkan mereka, asalkan kita dan Allah tahu niat kita yang sebenar kan," saya cuba mengukir senyuman dibirnya.


"Tapi, yang akak cakap 'jodoh datang bila join usrah' tu kenapa pulak?".


"Oh, yang tu... itu semua ketentuan Allah. Bila nawaitu kita betul, niat kita ikhlas..Allah beri ganjarannya, bukan ilmu Allah sahaja yang kita dapat malah lebih dari itu..dan yang akak maksudkan ialah jodoh. Kita telah mendidik diri kita menjadi yang terbaik di pandangan Allah, tiada yang lain hanya untuk Allah. Lantas Allah anugerahkan kita teman hidup yang sekufu dengan kita untuk sama-sama berjuang di jalannya..yang penting kita perlu beriman dengan ayat Allah, surah An-nur ; ayat 26." 


Dia terus membelek tafsir yang dibawa bersama untuk usrah tadi. Dia diam. Mungkin memerhatikan ayat-ayat Alllah itu, sambil memahaminya. 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Saya terus sambung tanpa dipinta.


" InsyaAllah...segalanya aturan Allah..cepat atau lambat pasti ada. Kadangkala Dia sengaja melambatkan sesuatu itu untuk tempoh tertentu. Untuk uji hambanya, supaya kental imannya. Kerna apabila nikmat itu diberikan kelak, baru kita tahu apa sebenarnya erti mensyukuri nilkmat Allah".


"Ya, insyaAllah kak...saya faham.." dia tersenyum lebar. Wajahnya kembali ceria. Senang hati saya melihat ada insan memahami dirinya di uji. 


p/s : ujian datang tidak henti-henti, tanda Allah sayang kita. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...