8 Apr 2012

Dari BERSIH 2.0 ke BERSIH 3.0

Ya!!! Bersih 3.0 bakal meguasai rakyat Malaysia yang cintakan kebersihan dalam pentadbiran negara. Kenangan Bersih 2.0 belum pun lagi terpadam dalam ingatan saya dan juga setiap rakyat Malaysia yang menyertainya, Bersih 3.0 pula bakal menyusul. Kali ini Bersih 3.0 dengan tema Perhimpunan Raksasa Duduk dan Bantah akan dilansungkan di Dataran Merdeka serentak di seluruh negara dan seluruh dunia.

Bagi saya, apa jua juga konsepnya, berdiri, duduk atau sebagainya, tuntutan tetap diteruskan. Saya
berhasrat tetap menghadirkan diri juga pada kali ini, walaupun kesihatan saya agak terjejas semenjak setahun dua ini. Bahkan, bersih 2.0 yang lepas dapat membuktikan yang saya masih lagi 'power' utk 'berdemo', hehehehe. Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk saya sama-sama melakar sejarah usaha kebangkitan rakyat menentang ketidakadilan dan ketidaktelusan pentadbiran negara Islam kononnya.

SPR dibawah telunjuk BN, masih degil dan tidak mahu tunduk atas desakan rakyat walaupun pelbagai saluran telah Bersih gunakan untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Ayuh, sama-sama kita turun lebih ramai lagi dari Bersih 2.0 untuk mengubah nasib rakyat dan menjanjikan sistem pemerintahan yang lebih baik untuk anak-anak kita dan generasi akan datang. Bersih 3.0, 28 April 2012, Dataran Merdeka.

p/s : jagalah nikmat kesihatan dari Allah, sebelum Allah menarik kembali..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...