14 Feb 2012

Nanti besar nak jadi apa?

Di zaman kanak-kanak kita mesti sering di tanya, "Nanti besar nak jadi apa?"  


Sudah tentu ada yang bertanyakan sebegitu. Dan jawapan-jawapan yang biasa didengar ialah,

"Nak jadi doktor," 
"Nak jadi polis,"
"Nak jadi cikgu,"
"Nak jadi askar,"




Itulah zaman kanak-kanak yang pasti di lalui semua orang. Yang nyata bila sudah 'selesai' di
menara gading bermacam bidang kerja yang boleh dipelopori. Pelbagai sandaran jawatan yang kadang kala kedengaran asing sewaktu kita kecil dahulu. Namun, jadikanlah apa pun dirimu, martabatkanlah Islam di tempat tertinggi. Bawalah Islam di mana jua kita tuju, nescaya hidup kita selamat dunia akhirat.


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,
maka rawatlah, berikan ubat hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. 


Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, 
maka lakarlah plan dan landskap sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim. 


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, 
maka binalah dan simenkan satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu. 


Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, 
maka pertahankanlah dan canangkanlah Islam dimata dunia 


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, 
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.


Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, 
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.


Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, 
maka didik dan bimbinglah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya. 


Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, 
maka hitungkanlah utuk manusia bahawa nikmat ALLAH SWT itu lebih banyak dari harta dunia. 


Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, 
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...