20 Feb 2012

Yang Bernama Wanita

Bila perempuan lambat jodoh....

"Eh,anak dara Si Bedah tu umurnya dah berapa? Tak kahwin-kahwin lagi aku tengok"
"Ha'a ler..aku rasa dah nak masuk 30 tahun dah umurnya..."
"Tak laku ler tu, ko tengok ler sendiri, sapa yang anak dara macam tu..jadi anak dara tua la agaknya".

Bila perempuan cepat jodoh....

"Siti, ko tahu tak yang anak Si Salmah tu dah kahwin?"

"Haa? dah kahwin?? Bukan ke anak dia tu muda lagi. Umor pun baru 20 tahun tak silap aku..belajor pun tak habis lagi. Apahal nya kahwin awal bebenor?"
"Haa...itu la pasal..ni mesti ada sebab ni kahwin awal..ntah-ntah dah 'tut tut' sebelum kahwin lagi...."

Bila perempuan sudah kahwin tapi belum rezeki punya anak....

"Eh, ko perasaan tak yang Tina tu, dah 5 tahun kahwin tapi tak dapat anak lagi"
"Ha'a, Si Tina tu kan...Ye lah, dia dah 5 tahun kahwin tak dapat anak lagi. Ko agak-agak kenapa?
"Alah, ada masalah ler tu...ntah-ntah mandul suami isteri."

Bila perempuan sudah kahwin rezekinya sebulan dah pregnant....

"Ish,cepatnyer Si Nor tu dah pregnant, baru sebulan kahwin kan?"
"Betul, betul... Ye ke tidak baby lepas kahwin tu, ntah-ntah baby sebelum kahwin."



Situasi-situasi di atas sering berlaku dalam masyarakat kita yang kononnya ambil tahu terlampau sangat. Hakikatnya, semua insan-insan yang terlibat dalam situasi di atas adalah perempuan, wanita, muslimah. Baik yang 'berkata-kata' mahu pun yang 'diperkatakan'.

Muhasabah diri wahai para wanita, perempuan, muslimah sekalian. Setiap yang berlaku dalam hidup adalah qada' dan qadar dariNya. Kita tidak perlu menambah 'perisa' dalam setiap kisah yang ditulis Allah swt. Allah telah berikan yang terbaik buat mereka-meraka di sekeliling kita dan juga untuk diri kita sendiri. Usahlah menjadi peduli ummah yang dapat kurangkan pahala kita, tapi jadilah peduli ummah yang dapat menambahkan saham pahala kita di akhirat kelak.

Kepada para wanita, perempuan, muslimah yang sering 'diperkatakan' sekalian..bertabahlah. Sesungguhnya Allah telah memilih kalian untuk menghadapi ujian hebat itu. Bersyukurlah kerana Allah masih peduli kita. Pekakkan telinga kalian daripada mendengar bunyi nyamuk yang beterbangan, ianya hanya akan menggangu anda menjalani hidup yang lebih bahagia. Hadiah kesabaran kalian ada di syurga kelak.

p/s: tersenyum kebahagiaan.....=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...