3 Feb 2012

Cintai Rasulullah..? Tepuk Dada Tanya Iman

Hari ini...,
dan hari-hari yang seterusnya....
Marilah kita belajar MENCINTAI baginda dengan sepenuh hati kita...
Mari sama-sama juga kita belajar untuk MENCONTOHI Nabi....

Keringat yang dialirkan oleh baginda, titisan darah yang mengalir ketika Perang Uhud, susah -payah berhijrah ke Madinah, sabar menerima tekanan dan seksaan kaum
Musyrikin dan pelbagai macam lagi derita yang dilalui baginda tidak lain dan tidak bukan SEMUA itu adalah untuk KITA... UNTUK KITA ...

Semata-mata untuk pastikan ummatnya ini selamat dan sejahtera di hadapan Allah s.w.t. di akhirat nanti, maka segala halangan dan derita sanggup ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w.

Tidak ada apa yang lain lebih berharga bagi Rasul s.a.w. melainkan ummatnya bersama-samanya di akhirat nanti, bersama dalam syurga Allah yang nikmatnya seluas langit dan bumi itu.

Lihatlah akan kegigihan Nabi untuk kita....
Nak pastikan kita ini selamat bersamanya di akhirat nanti, sebab itulah baginda menempuh kesukaran-kesukaran ini...

Dalam Perang Uhud, Nabi diserang hingga berdarah...
Hingga timbul pengkhabaran yang mengatakan Nabi sudah wafat, tapi hakikatnya tidak benar.

Susah-payah Rasul s.a.w. menggali parit ketika Perang Khandak bersama para sahabat...
MasyaAllah....banyak sekali pengorbanan baginda untuk kita...

Bahkan ketika hampir wafat pun, baginda masih bertanya kepada malaikat tentang keadaan ummatnya. Bahkan bukan setakat itu, baginda minta pula untuk ditanggung seluruh kesakitan ketika sakaratul maut yang akan dilalui ummatnya. Baginda minta juga balasan untuk ummatnya ditangguhkan ke hari akhirat nanti.

Ucapan yang tidak pernah lekang daripada mulutnya ketika hampir wafat "Ummati ! Ummati ! Ummati !".

Mengingatkan nasib ummatnya di akhirat nanti menyebabkan baginda mengulang-ulang,"UMMATKU....UMMATKU...UMMATKU"


Tapi sayang sekali....,
Begitu sedikit sekali di antara kita pada hari ini menghargai penat lelah Nabi ini,

Tidak ramai yang CINTA pada Nabi s.a.w.,
Bahkan ada pula yang tidak mengenalinya....
Lalu layakkah kita ini menjadi sebahagian daripada ummat baginda?


Nabi s.a.w. tidak pernah minta balasan daripada kita atas susah-payahnya itu. Baginda cuma mahu agar kita semua berusaha mengikutinya... Menggapai REDHA dan CINTA ALLAH dalam kehidupan...
Mendekati SYURGA-NYA...

Menjauhkan dan menyelamatkan diri kita daripada AZAB dan MURKA-NYA...
Menyelamatkan diri daripada seksa NERAKA....

Baginda tidak pernah minta balasan wang ringgit dan sebagainya.
Bahkan apa yang ditawarkan oleh kafir Quraisy pun ditolak oleh baginda.

Malaikat juga pernah menawarkan baginda sama ada baginda mahu menjadi Rasul Saudagar atau Rasul Hamba. Jika baginda pilih menjadi Rasul Saudagar, maka baginda akan menjadi kaya-raya dengan harta hasil usaha dakwah baginda, tapi jika baginda memilih menjadi Rasul Hamba, maka segala balasan di akhirat kelak. Maka baginda memilih menjadi seorang Rasul Hamba.

Mari muhasabah diri kita, teman sekalian....
Bagaimanakah kita menghayati, menghargai pengorbanan dan perjuangan Rasul s.a.w. untuk ummatnya dalam kehidupan kita?
Sudahkah kita memahami dengan sebenarnya tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai seorang ISLAM?

Tepuk dada, tanya iman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...