9 Jan 2012

901 ; Anwar Tidak Bersalah

9 Januari 2012, 9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan."Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Itulah secebis renteten yg berlansung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi yang indah sebentar tadi. Alhamdulillah dan tahniah kepada Anwar atas keputusan yg telah di umumkan. 

Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat adalah sesuatu yang tidak dijangka. Namun, ini tidak bermaksud sistem kehakiman di negara ini sudah tidak lagi pincang. 

Terdapat sedikit keberanian yang ditunjukkan hakim hari ini. Sememangnya hakim mempunyai sedikit ruang untuk bertindak secara bebas, tetapi hakikatnya asas sistem perundangan di Malaysia masih ada kecacatan.

Satu harus ingat, itu semua undang-undang manusia, undang-undang Allah jua yang mutlak.

Gambar sekitar 901

Anwar dan Azizah di luar mahkamah, selepas keputusan  di umumkan.
“Hari ini saya dibebaskan...perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus ditipu kerajaan Barisan Nasional (BN)"- Anwar Ibrahim.
Ratusan ribu rakyat membanjiri mahkamah. Datang dengan rela hati.




Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.
 Beliau datang dengan menaiki bas.


"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.



"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...