10 Jan 2012

Hassan Ali dan Pemecatannya

1. SAYANG....'Semangat' Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik...nak bawa Islam mesti penuh dgn hikmah dan strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana soal Anwar, bkn kerana mengkritik apa yg kurang baik, tetapi disebabkan beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, ini pokoknya...beliau tlh beberapa kali membuat kenyataan TERBUKA yg mengkritik keputusan dan DASAR parti walaupun sudah diberi amaran dan teguran berkali2...

APA PUN, PAS tetap beri peluang utk beliau membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil
tindakan oleh hizbi Ikhwan Muslimin..namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia..Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bukan sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam, tapi hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi SAW membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah 'Bismillah' dan 'Rasulullah' dlm Perjanjian Hudaibiyah..

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'Islamic State' dan swing kpd 'Welfare State' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' PAS dipenuhi ulama', tokoh2 agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada DR HASAN ALI, anda boleh meneruskan perjuangan dan cita2 anda melalui badan NGO, luar drpd PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nk sertai 'haraki' PAS...lepas tu kalau nak pakai RTM, TV3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)

Akhir kalam, Selamat berjuang diucapkan kepada Hassan Ali...kpd Harakah Islamiah (PAS) dan saf kepimpinannya, teruskan perjuangan!..insyaallah, kami akan menyokong PAS selagimana PAS perjuangkan dasar agama ALLAH....ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...