31 Jan 2012

Countdown Maulidurasul ; aku rindu insan mulia ini

Hari kelahiran insan mulia, Nabi Muhamad SAW bakal datang. Pembawa rahmat ke seluruh alam. Aku menanti hari itu, dengan penuh rasa kecintaan kepadanya. Kerdil diri rasanya berbanding insan mulia ini. Kesahajaan dan kesederhanaannya secocok gelarannya al-Amin. Aku kembali menyelusuri sirah nabawiyah yang tidak akan pernah khatam sepanjang hayat manusia. Segala kisah penuh dengan campur baur rasa iktibar,kasih sayang,nasihat,suka, duka, pengorbanan, semangat dan kesungguhan Baginda memperjuangkan Islam di dunia.
Sirah telah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin teragung yang telah berjaya menyatupadukan umat manusia sejagat. Ayuh! kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Baginda adalah sebaik-baik ikutan. Cukuplah mengidolakan artis dan politikus yang tidak membuka laluan ke jalan yang benar.

Manusia hari ini hanya Islam pada nama, hanya pada kad pengenalan tetapi tidak pada cara hidup. Pernahkah kita terfikir jika Rasulullah SAW masih ada, tentu baginda dukacita melihat umatnya, kita semua hidup dalam kegelapan tanpa berpandukan Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda.

Sama-sama kita hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Tinggalkan segala kemungkaran, yang menjadi titik hitam dalam hati. Jom, banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, moga kita tergolong dari mereka yang mendapat syafaat Rasulullah.

p/s : Jika kalian biasa menonton rancangan Law Kana Bainana Al Habib [If The Beloved Were Among Us] di TV AlHijrah, anda pasti mengenali lagu temanya. Dibawah ini, lagu temanya. Lagu yang menggugah hatiku sejak pertama kali mendengar apabila menonton rancangan Law Kana Bainana.





Lirik
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb


fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad’u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb


fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

Terjemahan


If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)


In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist


Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...