13 Dec 2011

mendidik telinga

     "Ibu ibu, bapak bapak, semuanya...bla bla bla bla bla bla........."

Entah apa lagi bait-bait yang dinyanyikan anak kecil berusia 4 tahun itu, ini saja yang aku ingat. Lagu penyanyi Indonesia. Aku cuma tersenyum pada anak kecil itu. Ibunya barangkali , tiba-tiba bersuara.
     "Suka betul dia dengan lagu tu, dari awal sampai akhir dia hafal." ada nada bangga di situ.
Aku cuma menggangguk sambil tersenyum.
     "Akak selalu pasang lagu-lagu dalam kereta, tu yang dia boleh hafal tu.." sambung si ibu lagi. Secara tidak langsung, memberitahu aku tentang didikan yang diberikan pada anaknya.
   Dalam tanpa kita sedari, muzik atau hiburan juga menjadi ancaman pada kanak-kanak. Bak kata bahasa yang lebih canggih lagi 'pencerobohan minda'. Ibu bapa atau penjaga mampu mengubah dan mengelak dari perkara ini terus berlaku. Ada banyak kelebihan muzik jika digunakan dengan cara yang betul. Seperti bait-bait lagu Raihan ;      
                                  "berhibur tiada salahnya,
                                   kerna hiburan itu indah,
                                   hanya pabila salah memilihya,
                                   membuat kita jadi bersalah...."

   Mengiku kajian, muzik atau lagu mampu meningkatkan kecerdasan IQ kanak-kanak. Mereka mudah mengingati jika sesuatu info itu di lagukan. Ibu bapa perlulah memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
   Tidak salah jika ingin mendengarkan muzik kepada mereka, tapi pilihlah muzik yang mampu megisi kekosongan akal dan minda mereka. Macam lagu 25 Rasul nyayian Raihan. Amat berkesan sekali untuk anak-anak. Sekaligus dapat membantu mereka menghafal nama 25 Rasul dengan cara yang lebih kreatif berbanding cara sebutan yang biasa. Coraklah anak kita dengan acuan yang asli bukan acuan tiruan, kerana yang asli itu akan kekal sampai bila-bila.

ps: doa2, zikir2 banyak sekali untuk dijadikan nyanyian di bibir anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...