13 Dec 2011

ombak yang melanda

   Sejak ditayangkan, filem ombak rindu terus hangat di perkatakan. Sehangat aksi dalam filem tersebut, itulah yang diperkatakam media alam maya, walaupun dinafikan oleh para pelakonnya. Dulu, aku pernah membaca juga novel ombak rindu ni, cuma sekali baca sahaja. Tidak seperti segenlitir individu yang khatam dua tiga kali novel tu, best sangat katanya. Bagi aku tidak perlu untuk aku membuang masa membaca benda yang sama, terutama novel cinta.
   Tidak dinafikan, garapan tulisan Fauziah Ashari amat berkesan dan mampu menarik minat 'kaki novel' pada waktu itu. Melalui novel, kisah cinta begitu mampu untuk meletup, tapi bukan melalui filem. Bila menjadi filem,ombak rindu menjadi kisah cinta melayu biasa, tiada yang uniknya bagi aku. Namun itulah filem melayu kita.
   Aku bukan orang-orang filem untuk berkata yang lebih-lebih, tapi yang nyata kita tertinggal jauh dari yang lain di layar perak. jauh sekali untuk meletakkan elemen Islam di dalam setiap filem di Malaysia. Dalam filem, Islam hanyalah pada tudung, Islam hanyalah pada haji dan umrah, Islam hanyalah pada pakaian. Itu sahaja yang mampu dipamerkan. Pembikinan filem juga boleh menjadi ladang dakwah jika kena pada caranya. Lantas menjadi ladang pahala pada pembikinnya. Kalu nak dikupas, dihurai, dipotong memang banyak lagi yang boleh diperkatakan, tapi mungkin ini sahajalah setakat ini.

ps: filem islami hanya mampu ditonton melalui filem indonesia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...