23 Dec 2011

kerana langit tidak bertiang

   Gementar juga kaki aku apabila melangkah masuk ke dalam isi perut burung besi itu. Pertama kali menaiki kapal terbang bersama Mr.Husband. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati keindahan di bumi asing,ciptaan Yang Maha Agung. Kepeningan mula menguasai kepala. Seperti ada burung-burung kecil berlegar-legar di kepala. Maklumlah, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam pesawat.

   Pesawat mula berlepas, terasa diri macam terapung-apung. Rasa seronok. Pesawat mula mengambil posisi yang sebetulnya, terbang di atas awangan dan di celah-celah langit yang tidak bertiang. Saat ini, pandangan aku jadi kaget. Terpanar dengan kuasa Allah. Bagaimana awan-awan itu bisa terapung begitu sahaja, tanpa ada sebarang 'tongkat'. Subhanallah...Ditambah lagi dengan keindahan kepul-kepul awan yang cantik sekali. Kalaulah tingkap pesawat ni boleh dibuka tutup macam tingkap kereta, mahu saja aku sentuh kepulan awan itu.

   Ahh..mungkin ada yang berkata, "ini 1st time ko naik flight, memang la macam tu.." .Aku tak kisah. Yang pasti kebesaran Allah apa lagi kah yang kalian ingin kan?? Aku tidak jemu, dan aku tak kan jemu melihatnya, jika aku di izinkan berkali-kali untuk menaiki pesawat. Sehingga aku rasakan betapa beruntungnya pilot-pilot dan pramugari-pramugari tu. Kebesaran Allah sentiasa ada di depan mata.

   Melihat dan meneroka segala ciptaan serta kebesaran Allah...membuatkan diri bertambah kecil, meniup rasa kehambaan, melonjak rasa kebergantungan....tiada selainNya.hanya Allah..kerana langit itu tidak bertiang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...