9 Dec 2011

Ujian Adalah Sunnatullah

TAFSIR AYAT 1 HINGGA 3 SURAH AL ANKABUUT

1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.


HURAIAN
• Ayat 2 merupakan ayat ‘Istifham Inkari’(Pertanyaan yang sudah diketahui jawapannya untuk mengingkari) . Tujuan Allah bertanya adalah untuk menafikan keimanan jenis manusia yang mengaku beriman tetapi tidak diuji Allah akan kebenaran imannya. 


• Ada beberapa ayat lain yang membawa mesej yang serupa. Antaranya ayat 214 surah Al Baqarah;

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

• Juga dalam ayat 142 surah Aali ‘Imraan ;

142. Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang Dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang Yang sabar (tabah dan cekal hati Dalam perjuangan)?

Maknanya akhir ayat 3 membuktikan bahawa Allah tahu siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahan diuji atau tidak diuji.

• Sebahagian jenis ujian Iman sebagaimana yang dirakamkan dalam ayat 155 surah al Baqarah;

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

PENGAJARAN

1. Iman bukan hanya semata-mata pengakuan pada lidah, tetapi dibenarkan di hati dan diamal dengan anggota.
2. Orang yang mengaku beriman pasti diuji Allah berdasarkan kepada tingkatan iman masing-masing.
3. Ujian keimanan juga bertujuan menyerlahkan orang yang beriman dan berjuang, dengan orang yang hanya bermuka-muka(munafiq). 

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...