22 Dec 2011

Episod Adam Adli


TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.
“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.
Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu.
Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.
sumber : bharian
##Rakyat Malaysia yang prihatin adalah rakyat memikirkan masa depan negara          dan kebajikan rakyat. Bukan rakyat yang bermatian membela pemimpin walaupun pemimpin itu korupsi.
##Kita kecewa dengan segelintir pihak yang menganggap rezeki itu UMNO yang beri. Itu adalah tanggungjawab setiap kerajaan tetapi sekiranya kerajaan itu korup kita wajib melawannya. Sejarah Nabi Musa a.s dengan Firaun menunjukkan Nabi Musa dibela oleh Firaun sedari bayi tetapi apabila baginda telah dewasa baginda tetap melawan kemungkaran. Itu juga tanggungjawab rakyat. 
##Kita tidak mahu bermain dengan sentimen perkauman. Mahasiswa hadir dengan semuanya daripada berbilang kaum. Bukan Melayu semata-mata. Negara ini hak rakyat Malaysia bukan hak Melayu semata-mata. Semasa perlembagaan diwujudkan dahulu; Suruhanjaya Perlembagaan telah menyatakan supaya hak keistimewaan orang Melayu ini disemak semula selepas 15 tahun kemerdekaan. Hak orang Melayu ketika itu diwujudkan kerana kondisi ekonomi orang Melayu pada waktu itu terlalu miskin. Tetapi hari ini sangat berlainan kerana orang Melayu sendiri yang mencuri harta rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...